MY OUTWORLD ~ is all my life ~ MY OUTWORLD

Tuesday, October 19, 2010

Cahaya Dihujung Sana

Sunyi..........
Gelap...........
Dimana aku? Mengapa tiada sesiapa di sisi aku? Kemana mereka? Kemana awak? Mengapa aku ditinggalkan di sini keseorangan?

Aku bangun. Aku berlari. Berlari selaju yang aku mampu. Tapi kenapa aku berlari? Kenapa? Untuk apa? Aku sendiri pun tidak pasti. Atau mungkin aku mahu keluar dari kesunyian dan kegelapan ini. Ya aku mesti berlari dan terus berlari. Tapi kemana harus ku tuju? Tiada satu kerdipan cahaya pun yang boleh ku tuju untuk keluar dari sini.

Aku berlari dan terus berlari. Aku jatuh, sakit, luka , berdarah. Pedih sangat. Menangis sendiri .. tu saja yang mampu ku lakukan. Aku bangun lagi, gagahi diri untuk terus berlari. Mencari satu cahaya. Bila kulihat cahaya, hatiku tersenyum.. aku berlari sekuat hati untuk mendapatkan nya. Tapi semakin laju ku berlari, cahaya itu semakin jauh dariku. Jauh dan jauh. Aku terhenti. mampu kah aku mengejar dan mendapatkan cahaya itu? Mampukah aku? Berapa lama lagi harus aku berlari?

Kekadang aku terasa berputus asa. Tapi suara hati aku tetap menyokong aku agar tidak pernah mengaku kalah. Aku diam. Tak sanggup lagi ku rasa untuk aku berlari lagi. Biarlah hilang segala letih aku berlari selama ini. Tapi jiwa dan hati aku memberontak. Tapi aku terpaksa kuatkan hati.

Andai kata ditakdirkan aku akan terus begini, aku akan terima. Berada di dunia aku sendiri. Cahaya itu? Biarlah cahaya itu dihujung sana. Mungkin ada yang lain lebih perlukan cahaya itu. Biarlah cahaya itu menerangi dihujung sana ..

Oh! air mata jangan lah kau mengalir lagi.. . ....

No comments:

Post a Comment