14 February 2010
maaf ... izinkn aku menulis....
Tarikh apa ini? Bagi aku sama saja dengan tarikh-tarikh yang lain. Tiada beza, cuma mungkin angka itu saje yang akan berubah-ubah.
" ... da boleh terima antara kite tiada apa yang special bagi e..... " katamu pada tarikh ini..
Nape ya pada tarikh ini.. kerana aku tidak mengucapkan sesuatu padamu... kerana aku tidak menghiraukan tarikh ini... kerana aku sememangnya tidak mengendahkan sama sekali tarikh ini... Tapi aku faham maksudmu itu... dan aku memang tidak pernah sekali pun untuk meletakkan tarikh ini sebagai satu tarikh yang istimewa untuk menyambutnya. Apalagi untuk mengucapkan nya pada sesiapa...
Kerana bagi aku...
" Aku ingat kamu selalu
Aku rindu kamu setiap hari
Aku sayang kamu sentiasa
Dan cinta aku ada dalam hati ini... "
Tapi bagi kamu ....
Aku tidak menganggap kamu istimewa di sebabkan aku tidak mengucapkannya pada tarikh ini. Adilkah begitu? Mungkin cara kita tak sama..
Andai tarikh ini juga menyaksikan ikatan antara kita terlerai, aku pasrah. Mungkin ini bayaran yang aku harus terima.... Bukan sekali kamu mengatakannya, tapi kerap kali...
Maaf .. Bukan aku tak sayang, bukan aku tak cinta.... demi kasih sayang aku undur diri untuk kebaikan dirimu.
No comments:
Post a Comment