Thursday, October 21, 2010
Di Mana Kan Kucari Ganti
Saya suka lagu ni... sungguh membuatkan air mata saya mengalir lagi .. ermmm
Tuesday, October 19, 2010
Cahaya Dihujung Sana
Sunyi..........
Gelap...........
Dimana aku? Mengapa tiada sesiapa di sisi aku? Kemana mereka? Kemana awak? Mengapa aku ditinggalkan di sini keseorangan? Gelap...........
Aku bangun. Aku berlari. Berlari selaju yang aku mampu. Tapi kenapa aku berlari? Kenapa? Untuk apa? Aku sendiri pun tidak pasti. Atau mungkin aku mahu keluar dari kesunyian dan kegelapan ini. Ya aku mesti berlari dan terus berlari. Tapi kemana harus ku tuju? Tiada satu kerdipan cahaya pun yang boleh ku tuju untuk keluar dari sini.
Aku berlari dan terus berlari. Aku jatuh, sakit, luka , berdarah. Pedih sangat. Menangis sendiri .. tu saja yang mampu ku lakukan. Aku bangun lagi, gagahi diri untuk terus berlari. Mencari satu cahaya. Bila kulihat cahaya, hatiku tersenyum.. aku berlari sekuat hati untuk mendapatkan nya. Tapi semakin laju ku berlari, cahaya itu semakin jauh dariku. Jauh dan jauh. Aku terhenti. mampu kah aku mengejar dan mendapatkan cahaya itu? Mampukah aku? Berapa lama lagi harus aku berlari?
Kekadang aku terasa berputus asa. Tapi suara hati aku tetap menyokong aku agar tidak pernah mengaku kalah. Aku diam. Tak sanggup lagi ku rasa untuk aku berlari lagi. Biarlah hilang segala letih aku berlari selama ini. Tapi jiwa dan hati aku memberontak. Tapi aku terpaksa kuatkan hati.
Andai kata ditakdirkan aku akan terus begini, aku akan terima. Berada di dunia aku sendiri. Cahaya itu? Biarlah cahaya itu dihujung sana. Mungkin ada yang lain lebih perlukan cahaya itu. Biarlah cahaya itu menerangi dihujung sana ..
Oh! air mata jangan lah kau mengalir lagi.. . ....
Thursday, September 9, 2010
Salam Dari Jauh..
Selamat Hari Raya Awak
Selamat Hari Raya awak .. mohon maaf zahir dan batin, halalkan segala apa yang telah saya ambil dari awak ..Awak ..
raya tahun ni kita tak dapat sedondon lagi kan.. raya tahun nie baju raya awak sama warna dengan siapa pula agaknya yer ....
hehehe klakar pula, macam bebudak jer ... tapi sekarang ....
menangis macam mana sekali pun, semuanya tidak akan berubah ...
Wednesday, September 1, 2010
Thursday, August 26, 2010
AA & BB
~ walaupun kita tak tau KESUDAHAN KITA...bkn senang untuk betul-betul dapat kepercayaan orang ~
...dan kesudahannya telah terjawab kini, jawaban dari awak..
~ AA da fikir, da setahun BB biasakan AA ...... terimakasih sebab sayangkan AA, AA happy sangat selama dengan BB, banyak masa kita habiskan bersama..... BB, AA LEPASkan BB... salam sayang dari AA untuk BB... ~
... awak lepaskan saya.... awak lepaskan tali itu. Tapi awak, saya akan tetap pegang hujung tali itu walaupun berseorangan. Saya tau sekali awak lepaskan, awak tak akan menariknya semula. Itu yang pernah awak beritahu dulu...
Wednesday, August 25, 2010
Ku Mahu Kamu

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)
