MY OUTWORLD ~ is all my life ~ MY OUTWORLD

Thursday, November 25, 2010

abis daaa ...

abis dah ...
smua dah abis ...

yeayy dah abis exam..lega ..
berjaya juga abiskan paper walaupun hati entah kemana, fikiran lagi lah entah melayang kemana-mana ...

tapi saya selalu kata, awak sentiasa ada sebelah saya beri saya perangsang, beri saya semangat untuk teruskan study saya.. walaupun hakikatnya semua itu .....

... dan selepas ini saya berjanji pada diri saya, TIDAK akan ada walau setitis airmata saya mengalir disebabkan awak ... AAAAA mungkin kah ..


mama kata... saya perlu kuat, perlu tabah. Yer mama, saya akan jadi sekuat mama. Terima kasih mama kerana memahami hati dan perasaan saya .. Dan saya juga berjanji dengan mama saya tidak akan mengulangi perkara 'bodoh' itu lagi. Saya tak mahu mama bersusah hati di sebabkan saya....


Mama tau kan hati anak mama seorang nie.... "sayang mama" ..

Tuesday, November 23, 2010

Di sini kah akhirnya...

Di sini bermula ....

.... Dan ..

mungkinkah di sini juga ianya akan berakhir ......

Thursday, October 21, 2010

Di Mana Kan Kucari Ganti



Saya suka lagu ni... sungguh membuatkan air mata saya mengalir lagi .. ermmm

Tuesday, October 19, 2010

Cahaya Dihujung Sana

Sunyi..........
Gelap...........
Dimana aku? Mengapa tiada sesiapa di sisi aku? Kemana mereka? Kemana awak? Mengapa aku ditinggalkan di sini keseorangan?

Aku bangun. Aku berlari. Berlari selaju yang aku mampu. Tapi kenapa aku berlari? Kenapa? Untuk apa? Aku sendiri pun tidak pasti. Atau mungkin aku mahu keluar dari kesunyian dan kegelapan ini. Ya aku mesti berlari dan terus berlari. Tapi kemana harus ku tuju? Tiada satu kerdipan cahaya pun yang boleh ku tuju untuk keluar dari sini.

Aku berlari dan terus berlari. Aku jatuh, sakit, luka , berdarah. Pedih sangat. Menangis sendiri .. tu saja yang mampu ku lakukan. Aku bangun lagi, gagahi diri untuk terus berlari. Mencari satu cahaya. Bila kulihat cahaya, hatiku tersenyum.. aku berlari sekuat hati untuk mendapatkan nya. Tapi semakin laju ku berlari, cahaya itu semakin jauh dariku. Jauh dan jauh. Aku terhenti. mampu kah aku mengejar dan mendapatkan cahaya itu? Mampukah aku? Berapa lama lagi harus aku berlari?

Kekadang aku terasa berputus asa. Tapi suara hati aku tetap menyokong aku agar tidak pernah mengaku kalah. Aku diam. Tak sanggup lagi ku rasa untuk aku berlari lagi. Biarlah hilang segala letih aku berlari selama ini. Tapi jiwa dan hati aku memberontak. Tapi aku terpaksa kuatkan hati.

Andai kata ditakdirkan aku akan terus begini, aku akan terima. Berada di dunia aku sendiri. Cahaya itu? Biarlah cahaya itu dihujung sana. Mungkin ada yang lain lebih perlukan cahaya itu. Biarlah cahaya itu menerangi dihujung sana ..

Oh! air mata jangan lah kau mengalir lagi.. . ....

Thursday, September 9, 2010

Salam Dari Jauh..



Selamat hari Raya untuk Semua.....semoga berbahagia bersama insan tersayang......
Semoga lebaran kali ini lebih bermakna ...

Selamat Hari Raya Awak

Selamat Hari Raya awak .. mohon maaf zahir dan batin, halalkan segala apa yang telah saya ambil dari awak ..

Awak ..
raya tahun ni kita tak dapat sedondon lagi kan.. raya tahun nie baju raya awak sama warna dengan siapa pula agaknya yer ....
hehehe klakar pula, macam bebudak jer ... tapi sekarang ....

menangis macam mana sekali pun, semuanya tidak akan berubah ...